Aku bukan seperti kebanyakan gadis lain yang lemah lembut, bertatasusila tinggi, dan menjaga pertuturan kata. Aku lain, kasar, menakutkan apabila marah, dan aku kurang beretika. Gelak pun boleh gegarkan bangunan. Dia lebih baik daripadaku, rajin, lembut, pandai bergaya, manja, dan banyak lagi perbezaan antara kami. Dia berjaya memahami selok belok emosi dan tindakanku. Setiap salah faham dan pertengkaran antara kami sentiasa berakhir dengan pelukan dan linangan air mata.
Demi Allah, aku amat merindui dia. Rindu untuk makan bersama, untuk bercerita bersama, untuk memujuknya ketika dia menangis, dan aku rindu untuk dipujuk ketika aku diam-diam menangis di dalam hati. Aku rindu semua itu. Kami terpisah, 8 bulan dirasakan begitu lama. Tiada pengganti untuk dia. Walaupun ramai kawan-kawan yang serasi dengan aku, dia tetap berada di kedudukan pertama selepas keluargaku. Tiada yang mampu mencabar kedudukan itu. Aku sayang dikau wahai sahabat.
Pesanan aku kepadamu wahai sahabat, aku merinduimu, rindukan nasihat-nasihat mu, tapi tidak bisa aku mengganggumu. Aku tahu kau sibuk, tidak mengapa, kejarlah cita-citamu dan kabarkan berita gembira kepadaku nanti. Aku sayangkan kamu, tiada yang dapat mengganti kamu, dan aku menangis di sini dengan harapan kau tidak melupakan aku, dan sentiasa berusaha untuk ibu bapamu.
Aku merindui dan sayangkanmu,
Siti Nurul Ain Binti Mohd Rashid