|
Have you ever wonder ?
Saturday, August 28, 2010 | 1:10 AM | 0 candie blossom
Kenapa nama kita semua cantik dan sedap? Macam macam dah nama sekarang ni. Sampai nak terbelit lidah nak sebut, kadang kadang, nak eja pun macam blur blur lagi. Daripada zaman nama bunga bunga dulu, e.g. Seroja, Melur. Sampai lah nama sekarang maju maju, macam Karissa Dayana Puteri (okay, nama ni I maen sebut je). Pernah tak kita fikir kenapa nama kita bukan "Kereta", "Pokok" atau "Tahi"? (Okay, I'm exaggerating!) Let me give you an example, of a story. Kisah 3 jejaka, bernama Otak, Gaduh dan juga Gila. Mereka melepak bersama sama, dan sedang Otak dan Gila bersembang, Gaduh hilang. Dicari cari tidak pula dijumpa. Akhirnya mereka mencapai kata sepakat untuk pergi ke balai polis, melaporkan kehilangan Gaduh.Gila terus meluru berjumpa dengan pegawai polis bertugas. Pegawai : Ya encik, ada apa yang saya boleh bantu? Gila : Saya mahu cari Gaduh, encik. Dia hilang! Pegawai : Cari gaduh?! Awak ni gila ke?! Gila : Ya, memang saya Gila. Mana encik tahu? Pegawai : Hey, otak kau letak kat mana?! Gila : Err,Otak ada kat luar. (kebetulan Otak hanya menunggu di luar balai) Pegawai : @#$%! Haa, mesti haru biru kan dunia ni kalau nama kita semua ni mak bapak kita main taram aje? Betul tak? Hargailah nama yang diberi itu ya. Ibu bapa kita semua mesti dah beri makna yang terbaikuntuk kita. P/s ; Watak di dalam cerita ini tidak ada kaitan dengan sedang hidup, masih koma ataupun yang telah tiada. Pp/s ; Cherish our names okay, live up their good meanings. Lepas ni jangan bagi nama entah apa apa kat anak anak kita okay? ;] Pppp/s ; Cerita ini saya pernah dengar dulu |